ESTRANGE 'a' - merenggangkan; renggang ( tidak rapat atau mesra lagi)
ESTRANGEMENT 'n' - kerenggangan
Hello and Assalammualaikum semua!!! Apa Khabar? Nampaknya lebih kurang seminggu jer lagi seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal yang indah. :) Bagaimana dengan persiapan hari raya anda? Semoga semuanya berjalan lancar dan aman jer okay.
Pasti ramai dah yang keluar membeli belah dan buat biskut raya bagi menyambut Syawal nanti. Saya pun berkesempatan juga untuk keluar membeli sedikit barang bagi persiapan raya pada hari Sabtu yang lalu bersama suami, mak dan anak saudara di komplek Bukit Jambul/Mydin/Kamdar, Penang
Amboi!! ramainya orang, tak terkata. Sesak dan berhimpit-himpit juga, namun itulah suasana sebenar yang berlaku tak kira di mana-mana saja terutama sekali di pusat-pusat membeli belah bila dekatnya Syawal. Ya la, ramai lagi rakyat Malaysia yang suka membeli- belah di minit-minit akhir.:) Umm.. mungkin inilah nama semangat nak raya sakan kot. Hee Hee
Nampaknya, sejak pasaraya Mydin di buka dalam kompleks Bukit Jambul ni, makin 'happening' sungguh suasana di sini. Kira okaylah kan, bagus juga untuk mereka yang berniaga di situ dan bagi pelanggan pula kita mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih dan membeli. Syokkan!! siap duit ja. :)
Dalam musim raya ini, kedai-kedai/ butik yang menjual bajulah yang penuh dengan orang ramai. Di tingkat 1 saja penuh berderet dengan kedai/butik menjual baju kurung pelbagai jenis khususnya. Rambang mata dan..stressED sungguhlah. LOL. Mana tak nye, semua kedai rasa nak masuk tengok Hee Hee.. Tak dinafikan, baju-baju kurung zaman la sungguh cantik sekali. Terkilan juga sebab, sejak 14 tahun yang lalu saya dah tak boleh memakai baju kurung lengkap sekali dengan kainnya. Maklumlah, sejak dah berkerusi roda ni, kenalah suai padankan baju dan seluar yang sesuai saja. Jenis baju labuh dan kain sarung dah tak relevan dengan keadaan saya yang sepanjang masa terbaring dan duduk atas kerusi roda ja. Walaupun begitu keadaannya, ianya tetap tak mematahkan semangat dan seronok juga sebenarnya dapat membeli baju untuk insan tersayang yang lain. Hee Hee.
Dah penat 'bershopping' akhirnya kami berbuka puasa di restoran white coffee dalam komplek Bukit Jambul ni.
Anak saudara, adik Sufee dah letih dan kelaparan. Suami, membeli 'waffle' kegemaran adik Sufee yang disapu dengan coklat. Sebenarnya, waktu sampai di sini, kami terus ke restoran untuk buat 'reservation' dulu bagi berbuka puasa. Entah ler, setiap ketika adik Sufee dok mengaak pi restoran untuk makan dan tanya kami, 'kenapa tak pi makan la ni?'. jenuhla nak menjawab yang sekarang ni bulan puasa kat dia. :_
Dah sampai waktu berbuka puasa. Memandangkan kami dah tempah meja awal, jadi makanan dan minuman semua dah sedia terhidang atas meja. Tak macam meja lain yang masih kosong walaupun dah masuk waktu berbuka. Moral of the story, buat tempahan awal dan jangan asyik bershopping ja.
Well, melalui pengalaman yang lalu lah maka kami beringat nih.. Jangan marah haa..!!!
Antara minuman yang kami pesan:-
Chocolate Iced Blended - rm7.30
2 iced water - rm1.60 (each rm0.80)
Sebenarnya menu makanan untuk berbuka puasa di sini cuma ada 4 set jenis makanan saja untuk di pilih. Ini kerana mereka tidak cukup staf pada waktu tersebut. Tetapi di waktu lain, menu makanan masih macam biasa dan dim sum halal pun ada. Bagi pilihan minuman pula tidak terhad, semua yang ada dalam menu boleh di pilih.
Oleh sebab tak banyak pilihan makanan, kami telah memilih keempat-empat set yang ada di situ. :)
Inilah hidangan yang paling sedap sekali antara semua. Sangat lazat tak terkata. Anda perlu mencuba set ini sekiranya anda berkunjung ke sini Okay!! Dengan sotong dan udang yang besar serta kek ikan di masak bersama sambal nyonya style memang ummpphh!! terangkat beb!!!
Ayam yang dimasak bersama sambal tom yam. Mak ambil set ni dan sedap katanya. Ia membangkitkan selera dan memberi rasa kesegaran diawalnya dan tidak mual di akhirnya.
Bukannya tak sedap. Tapi sebab ianya masak kari, jadi rasa nak mugal sikit untuk halwa tekak saya. Hee Hee. Memang kari ni lain dari yang biasa. Ianya masak kari ala nyonya dan yang best tu ada daun pudina segar diletakkan dalam kuahnya, jadi rasa segar sangat bila mengunyah daun tu. Just hope, mereka letak lebih lagi daun pudina yang segar tu. ;)
Apa yang istimewa tentang nasi lemak ni ehh? Tentulah sambal dan ayam goreng berempahnya. :)
Bagi penggemar nasi lemak, bolehlah cuba set ni.
Di bawah ni pula adalah beberapa keping gambar dari 3 tahun yang lalu diambil sewaktu menjamu selera di sini. Betul, saya dah beberapa kali menjamu selera di sini. :)
Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya ini serta jangan lupa untuk 'follow' blog saya selalu okay!!
Saya TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak berkenaan perkara di atas ini.