Selasa, 4 Februari 2014

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Oct 2013 03:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang <b>di Batu Maung</b> <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2013 05:18 AM PDT

updated :  Empat dipercayai mati dalam runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 6 Jun — Empat orang dipercayai terbunuh apabila sebahagian daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan di Batu Maung di sini, runtuh menghempap kenderaan mereka lebih kurang pukul 7.00 malam.

Polis telah menerima panggilan lebih kurang pukul 7.05 malam mengenai runtuhan itu dan bergegas ke tempat kejadian pada pukul 7.15 malam.

Menurut jurucakap polis, sebahagian daripada Penyambung Batu Maung menghubungkan jambatan ke Tun Dr Lim Chong Eu telah runtuh menghempap kenderaan yang melalui berdekatan dengan struktur itu.

Penyiasatan awal menunjukkan keempat-empat orang di dalam kenderaan dipercayai terbunuh serta merta.

Bahagian runtuh merupakan sebahagian daripada jejambat yang menghubungkan lebuh raya ke jambatan di antara dua rusuk konkrit.

Pihak polis telah menutup kawasan tersebut kepada lalu lintas.

Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menemui kenderaan yang dihempap dan kini kerja-kerja sedang dijalankan untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan hancur.

Terdahulu, timbalan pengurus jabatan perhubungan awam dan komunikasi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Azizi Azizan mengesahkan seksyen Pakej 3A projek Kedua Jambatan Pulau Pinang telah runtuh.

"Itu adalah bahagian yang menghubungkan jambatan kepada lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu," kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual telefon.

Seksyen ini masih dalam pembinaan dan kontraktor sepatutnya melengkapkan dan menyerahkan bahagian yang selesai bulan depan, katanya.

"Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan apabila ia berlaku tetapi kita telah mengarahkan dihentikan serta-merta ke atas semua kerja-kerja pembinaan berikutan kejadian itu," katanya.

Ia masih terlalu awal untuk menentukan punca keruntuhan tetapi JKSB akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.

JKSB juga akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai kejadian itu esok.

 


Struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung runtuh kira-kira jam 7 petang tadi

Struktur rasuk Palang( beam ) sepanjang 30 meter di jambatan kedua pulau pinang runtuh,dimaklumkan telah menghempap 2 buah kereta.

Setakat ini 2 pekerja warga asing dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang kerana mengalami kecederaan parah. Pasukan keselamatan Bomba sedang berusaha mencari mangsa lain yang kemungkinan turut terperangkap.

2 buah kereta orang awam mungkin terperangkap bawah runtuhan di Batu Maung. Usaha mencari sukar kerana ditimbus sisa konkrit dan struktur besi.

Struktur yang runtuh dipercayai penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan. Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung.

Runtuhan struktur binaan di Jambatan P.Pinang kedua
BATU MAUNG: Sebahagian dari struktur jambatan kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi.

Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.

Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui samada terdapat mangsa yang terperangkap atau tidak.

Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut. Menurut Shoki, pihak bomba juga dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Difahamkan juga, kerja-kerja pembinaan juga dihentikan buat sementara namun pembinaan pada bahagian lainnya tidak terjejas.

Sehingga setakat ini, punca sebenar kejadian masih tidak dapat diketahui.

Sementara itu, ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang berada di lokasi juga mengesahkan melalui laman Twitternya bahawa struktur sepanjang 30 meter itu telah runtuh.

Menurutnya Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah memberitahu lebih kurang satu atau dua kereta telah remuk akibat runtuhan.

Katanya lagi, pihak bomba juga sedang memulakan operasi menyelamat.


Menyusul lagi......

Kedahkini

terkini tragedi jambatan kedua 2 penang runtuh <b>di batu maung</b>

Posted: 06 Jun 2013 06:48 PM PDT

Terkini tragedi jambatan ke 2 (dua) Pulau Pinang runtuh di Batu Maung

susur jambatan penang runtuh 2013 2 terkini tragedi jambatan kedua 2 penang runtuh di batu maung

Mengenai perkembangan semasa tragedi jambatan kedua Pulau Pinang yang runtuh, Anggota bomba dan penyelamat masih meneruskan kerja untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan struktur melibatkan penyambung antara Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung

Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam satu kenyataan yang disiarkan media mengesahkan terdapat seorang mangsa dalam kereta Kelisa yang terperangkap

Mangsa dikesan melalui peralatan kamera mencari dan menyelamat kira-kira pukul 12.30 pagi. Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan di buat mengenai keadaan mangsa

Sehingga kini jumlah sebenar mangsa yang terlibat masih tidak dapat disahkan dan dipastikan

jambatan kedua penang runtuh terkini tragedi jambatan kedua 2 penang runtuh di batu maung

Punca runtuhan

Menurut laporan awal, Ketidakstabilan besi penyokong pada struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dipercayai menjadi punca kepada runtuhnya struktur tersebut

Semasa kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan, didapati besi penyokong jambatan tersebut berada dalam keadaan tidak stabil dan akibatnya telah berlakunya runtuhan selepas itu

Video laporan berita

mangsa tertimbus runtuhan penang bridge terkini tragedi jambatan kedua 2 penang runtuh di batu maung

Harian Metro (Mymetro) menerusi laman Facebooknya memaklumkan Polis Pulau Pinang minta orang ramai hilang ahli saudara tampil mengesan mangsa tertimbus bawah runtuhan jambatan kedua yg masih belum dikeluarkan

Selain itu, mereka yang mengenali mangsa yang memandu atau memiliki Perodua Kelisa dengan plat pendaftaran 437 datang segera

jumlah mangsa kena runtuhan jambatan 2 penang terkini tragedi jambatan kedua 2 penang runtuh di batu maung

Satu mayat ditemui bawah runtuhan

Polis mengesahkan seorang mayat lelaki ditemui dalam keadaan terlangkup pada papan pemuka di dalam sebuah kereta jenis kelisa dalam runtuhan

 8 Jun 2013 -  Mayat lelaki yang terperangkap dalam timbunan runtuhan tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dalam pembinaan di Batu Maung,berjaya dikeluarkan pada pukul 8.45 malam, Jumaat

Dalam laporan yang disiarkan media mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin berusia 45 tahun dan tinggal di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas

Mayatnya ditemui dalam keadaan tunduk di tempat duduk pemandu dan keretanya remuk akibat dihempap tanjakan konkrit itu

Difahamkan, abang mangsa ada datang ke lokasi dan membuat pengecaman berdasarkan pakaian yang dipakainya itu adalah adiknya dan selepas mayat dikeluarkan, isteri mangsa sekali membuat pengecaman dan mengaku lelaki yang memakai pakaian itu adalah suaminya

mayat mangsa jambatan ke 2 penang runtuh terkini tragedi jambatan kedua 2 penang runtuh di batu maung

Kerja-kerja pembersihan lokasi berlaku runtuhan berkenaan sedang dijalankan dan ia akan diteruskan sehingga selesai

( 9 June 2013 ) - Operasi mencari dan menyelamat dihentikan

Operasi mengesan mangsa yang dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan tanjakan konkrit yang runtuh lewat petang Khamis lalu dihentikan pada pukul 6 petang semalam

Merujuk kepada laporan yang disiarkan media, keputusan itu dibuat selepas empat ekor anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang digunakan dalam operasi tidak menemui sebarang tanda bahawa terdapat mangsa yang terperangkap

Pasukan penyelamat yang masuk ke dalam runtuhan menerusi ruang-ruang yang ada juga tidak menemui sebarang kenderaan lain tertimbus di bawah runtuhan itu

Manjung Mari: Jambatan Ke2 Pulau Pinang <b>di Batu Maung</b> runtuh..

Posted: 06 Jun 2013 06:16 AM PDT

Apa yang tak kena, dan apa pula yang tak betul.... Lingkup 
wang rakyat....



Lihat melalui video





Nasib baik ini projek kerajaan Persekutuan,, buatnya Projek Kerajaan PR Pulau Pinang,, banyak la modal Utusan Malaysia...

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Sep 2013 11:16 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Aug 2013 11:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jul 2013 11:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2013 11:40 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2013 11:25 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Feb 2013 11:41 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Sep 2012 12:59 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Inspirasi Emas - Rumah terbuka Public Gold

Posted: 16 Sep 2012 05:01 AM PDT

Pada 8 & 9 September yang lepas, Public Gold hampir di seluruh cawangan di Malaysia ada buat Rumah Terbuka khas untuk semua customer, dealer2 dan juga famili2/ kawan2. So saya ada sempat menjemput dealer2 saya dan rakan2 juga customer untuk hadir majlis tersebut.

Ada yang reply msg kata x boleh hadir, ada yang reply msg kata boleh hadir dan ada yang senyap terus pon ada. hehe so taktau la masih wujud ke x nombor phone diorg2 yg senyap tu :)

Untuk makluman, bagi di negeri Pulau Pinang, tak dibuat di Bukit Jambul, di Bishop pon tak juga..tapi kali ni di Public Safe, Relau, (berhadapan dengan PISA)

Public Gold Bukit Jambul berpindah tempat

Apa?? ada yang masih tak tau?? Public Gold di Bukit Jambul sebenarnya telah pindah ke Public Safe, Relau

So kalau ada yang pi kat bukit jambul tu mungkin terkejut la tengok Public Gold dah tutup sebab berpindah tempat bukan sebab 'bankrap' hehe

Apa yang menariknya, lepas ni seminar tidak lagi dibuat kat Bishop, sebab ramai kata kat bishop tu agak jauh sikit..so kalini semua seminar akan dibuat di Public Safe tingkat 3. Pernah tengok tak camna rupa Public Safe ni?

Public Safe

Untuk maklumat lanjut tentang Public Safe ni sebenarnya anda smua boleh cek kat website  Public Safe http://www.publicsafe.com.my

Saya sendiri pon dah tempah peti simpanan kat sini, ada yang tanya saya, boleh tak nak simpan emas company lain? nak simpan silver boleh tak? sebenarnya, nak simpan apa pon boleh. tak kisah pon.. janji bukan bahan terlarang.

So saya harap lepas ni takda la orang takut2 nak simpan emas ok :) sebab apa?? sebab dah ada peti simpanan khas untuk anda sewa. Murah je.. maklumat lanjut boleh cek kat web saya bagi tadi ok

Rumah Terbuka

Buat julung kalinya, Public Gold buat rumah terbuka khas untuk kita semua pada 8&9 September yang lepas.

Alhamdulillah ramai juga yang datang ke majlis tersebut. Makan free je..rugi sapa tak mai..hehe

Tapi saya betul2 respek la diorg ni sanggup datang walaupun hujan lebat sangat hari tu.

ni ha muka2 dealer, customer dan kawan2 saya yang datang pada hari tu.

Dealer-dealer, customer dan rakan2 yang hadir, yang dukung anak tu la orang yang kenalkan saya dengan dunia emas. Tq :)

Pasangan suami isteri yang bersemangat kental..penuh dengan idea diorg ni.. :)

Sempat bergambar dengan Dato' Louis Ng, founder emas Public Gold. Cayala Dato' sporting gila.. :) en Syukor jutawanemas pon turut hadir majlis memeriahkan majlis tersebut. tapi kan tak sangka pulak ada reporter yang turut hadir pada masa tu. taktau pon kata dia tu reporter hehe..

kira ok la kan, pi makan FREE ja, tapi boleh masuk paper..tapi taktau la paper ni cerita pasai apa kan..hahaha

Dealer Kawin

Saya juga nak ucapkan tahniah kat Dealer saya ni, en Ismail Hakimi, yang berkahwin hari ni 16 September 2012. Tahniah sekali lagi dan semoga bahgia hingga ke akhir hayat :)

sama cantik sama padan :) Congrats!!

Dealer Baru

Ok la, sebenarnya saya nak update sikit, Dealer terbaru inspirasi emas, orang MELAKA

jom kita berkenalan dengan Dealer baru ni.

Nama : Azahar Nordin

Status : Dealer (PG026600)

No Tel : 016-3121685 / 017-6791685 / 019-6606022

Kawasan : Seluruh Melaka / Tampin

email : tadbiremas@gmail.com

Jadi kepada mereka yang nak beli emas di negeri Melaka atau Tampin, boleh la contact si abg hensem kita ni En Azahar. InsyaAllah dia sedia bantu anda smua :)

Sekian saja dulu, Assalamualaikum..

Amir Firdaus Bin Abdul Aziz

Master Dealer (PG000330)

012-5853035

inspirasiemas@gmail.com

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jan 2013 11:17 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Nov 2012 11:30 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KEMBAR HILANG <b>DI</b> MALAM HARI ~ AKRINE SENAWANG [ AS <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2012 10:54 PM PST

CHE SOM (kiri) menunjukkan pakaian bayi yang telah dibeli oleh Norliana di Kampung Kelut, Jabi, Pokok Sena, Kedah semalam.
POKOK SENA – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.
Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.
Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.
"Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang.
"Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis. 
"Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku.
"Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis," cerita Norliana kepada pemberita di sini semalam.
Dia yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dijadual bersalin pada 3 November lepas.
Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibunya sejak sebulan lalu untuk tujuan bersalin.
Menjelaskan lebih lanjut, Norliana berkata, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawanya membuat ujian pengimbasan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul sebelum ini yang memaklumkan dia mengandung kembar perempuan.
"Bagaimanapun semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan saya itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang," ujarnya.
Norliana turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarga dua hari lalu untuk mendapat kepastian mengenai kejadian itu.
"Mereka memaklumkan perkara sama seperti doktor iaitu anak saya hilang dalam kandungan," katanya.
Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR

09 di bagan ajam - Google Blog Search

09 di bagan ajam - Google Blog Search


cmlinguaneng Bapak RASIS!! peniaga Melayu <b>di</b> aniaya <b>di Bagan</b> <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2013 09:59 PM PST


Sebelum Ini Gua Eng mengelar secara terbuka Ketua Pembangkang Pulau Pinang  si Nenek Tua yang rasis. setelah mendapat penjelasan YB Jahara berkenaan hal demikian PBR mendapati  bapak segala rasis sebenar adalah Lim Gua Eng.

masalah bermula apabila YB Jahara mempertahankan hak penjaja Melayu di pantai Bersih. kita mempersoalkan mengenai keadilan untuk semua bukan sesetengah. mengapa Gua Eng bertindak berat sebelah hanya mengambil tindakan terhadap  penjaja melayu? adakah mempersoalkan tindakan berat se dan tidak mengambil tindakan untuk semua?? adakah helah babi disebalik batu??  kerajaan DAP ini sebenarnya rasis.

kitu bercakap mengenai peniaga Melayu yang telah berniaga di hadapan rumah mereka lebih dari 20 tahun! apa nasib mereka lepas ini. berbanding pula peniaga Cina yang membuka restoran dengan struktur kekal yang berniaga di atas rizab pantai dan ada kedai-kedai restoran ini menambak kedai mereka hingga ke laut?

jawapan bertulis YB Chow Kon Yew kepada YB Jahara yang sebenarnya tidak menjawab persoalan yang utarakan.

apa yang dikesalkan adalah mengapa DAP membuat perbezaan layanan terhadap perniaga melayu? mengapa restoran cina hanya dikompaun setahun sekali? berapa sangatlah pendapat penjaja Melayu ni mungkin 100 ke 200 cukup-cukup untuk keperluan sendiri.  Kita lihat pula pengusaha restoran pula pendapatan mungkin lebih dari 1000 sehari! why double standard??

adakah mempersoalan hak sesuatu komuniti dianggap rasis? lu pi kir sendiri beb!!

09 di seberang jaya - Google Blog Search

09 di seberang jaya - Google Blog Search


TURUN 2.0 tetap berlangsung <b>di Seberang Jaya</b> - Harakah Daily

Posted: 25 Jan 2014 12:35 AM PST

SEBERANG JAYA: Himpunan Aman Turunkan Kos Sara Hidup Rakyat atau TURUN 2.0 yang dijadualkan esok dari jam 2.00 hingga 4.00 petang tetap akan dilangsungkan di Business Centre dekat sini.


Koordinator TURUN 2.0 Khairul Ishak menyarankan semua peserta memakai baju hitam sebagai lambang bantahan serta datang lebih awal untuk mengelak kesesakan jalan raya memandangkan himpunan itu akan turut disertai para peserta dari negeri-negeri utara Semenanjung.

"Semua peserta yang datang hedaklah memakai baju berwarna hitam sebagai lambang bantahan.  Jangan lupa datang lebih awal untuk parkir kenderaan di Tapak Pesta Seberang Jaya," ujarnya.

Beberapa lokasi perarakan telah ditetapkan dengan dipimpin para pemimpin Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO).

Tempat perkumpulan di Bandar Sunway akan dipimpin Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, aktivis Jingga 13, Fariz Musa dan Wanita PKR.

Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Che'gu Bard akan memimpin kumpulan dari Stesyen Minyak Caltex dan Petronas bersebelahan Lebuhraya Sungai Nyiur.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Dr Mujahid Yusuf Rawa pula akan memimpin perhimpunan dari Masjid Taman Sembilang.

Para peserta juga digalakkan membawa bahan-bahan kempen untuk dipamerkan sepanjang bantahan dan mengawal tingkah laku bagi mengelak provokasi.

"Skuad Keadilan tidak teragak-agak untuk menarik mereka yang terbabit keluar daripada kawasan perarakan sekiranya ada yang bersikap tidak murni," jelas beliau.

Khairul turut memohon kerjasama pihak polis bagi menjaga ketenteraman awam sepanjang perhimpunan berlangsung.