Rabu, 19 Februari 2014

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


<b>Tasek Gelugor</b> Portal: Ahli Parlimen <b>Tasek Gelugor</b> Datuk Shabudin <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2013 09:15 AM PST

Susulan tindakan pihak-pihak tertentu yang sebelum ini mempertikaikan tentang ibadah korban yang di jalankan di kawasan sekolah kononnya tidak menghormati hak bangsa lain akhirnya di jawab oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shahabudin Yahya menegur M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) supaya tidak membesar-besarkan isu sembelihan korban di sekolah susulan percanggahan kenyataan antara menteri pendidikan dan timbalannya mengenai isu tersebut.
Shahabudin yang bangun mencelah sewaktu ahli parlimen DAP itu membahaskan Bajet 2014 - berkata perkara itu adalah sebahagian daripada subjek yang termasuk dalam mata pelajaran fekah yang diajar di sekolah.
"Isu penyembelihan di kawasan sekolah itu bukan dibuat di hadapan pelajar bukan Islam. Mereka tak terlibat pun dan tak dijemput pun untuk ke majlis berkenaan.
"Dan penyembelih lembu korban itu bukan merupakan penyembelihan biasa. 
"Ia merupakan sebahagian daripada subjek dan korban dalam subjek agama Islam ia diajar di sekolah-sekolah termasuk dalam subjek fekah," katanya.
Shahabudin berkata majlis korban tersebut dibuat bagi mendedahkan praktikal sembelihan dengan betul dan ia sewajarnya dibuat.
"Dan ia merupakan program eksklusif. Jadi tidak timbul isu sentimen kecil hati (kaum lain)," katanya.
Isu tersebut menjadi panas sebelum ini apabila beberapa pihak tampil mempertikaikan tentang penyembelihan lembu korban di kawasan sekolah sehingga melibatkan Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan.
Bagaimanapun isu itu dianggap selesai apabila Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata Kementerian Pelajaran membenarkan ibadah korban dijalankan dalam kawasan sekolah jika ia tidak membabitkan sensitiviti kaum lain. 
Justeru ibadah itu boleh dilakukan tanpa halangan jika ia melibatkan sekolah yang mempunyai majoriti pelajar dan guru beragama Islam. 
"Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan menghalang upacara korban di sekolah-sekolah. 
"Tapi setiap program perlu mengambil kira sensitiviti kaum lain di sekolah tersebut dan dilaksanakan dengan sifat saling hormat-menghormati," demikian menurut beliau melalui laman Facebooknya. 

09 di Batu kawan - Google Blog Search

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Tampar: MP Tanjung, <b>Batu Kawan</b> buat laporan polis — KL-TODAY <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2014 12:39 AM PST

GEORGETOWN: Dua laporan polis dibuat di Pulau Pinang hari ini berhubung kenyataan Majlis Jemaah NGO Islam Pulau Pinang yang menawarkan RM500 kepada sesiapa yang berjaya menampar Ahli Parlimen Kota Seputeh, Teresa Kok.

Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik dalam laporan polis pagi tadi menegaskan, polis wajar bertindak segera untuk menyiasat secara terperinci kenyataan NGO berkenaan.

Katanya, jika menyalahi undang-undang ugutan mereka hendaklah ditangkap selari dengan seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta seksyen 4 Akta Hasutan  1948.

Semasa sidang akhbar sejurus keluar dari Balai Polis Jalan Petani beliau menyifatkan ugutan tersebut amat bahaya dan boleh mengancam keselamatan negara.

Turut serta ialah Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Saiful Lizan Mohd Yusof.

Sementara itu, satu lagi laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Bukit Mertajam tengah hari tadi oleh Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dan Wanita DAP Pulau Pinang.

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


Mandat PR mampu kekalkan 465 <b>di</b> Bkt <b>Gelugor</b>, kata Guan Eng <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2013 01:42 AM PST

KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri bersedia untuk memperbaharui atau melanjutkan tempoh tanah pajakan dari 40 tahun kepada 99 tahun seperti dimohon oleh 465 penduduk berwajib Bukit Gelugor sekiranya Pakatan Rakyat terus diberi mandat memerintah Kerajaan Negeri hingga tahun 2052.
"Kita akan melulusan permohonan untuk melanjutkan (tempoh tanah pajakan) hingga ke-99 tahun, tetapi, syaratnya mesti membayar perbezaan premium (tanah pajakan 40 tahun kepada 99 tahun selepas permohonan diluluskan).
"Sekiranya kita (Pakatan Rakyat) terus memerintah sehingga (tahun) 2052, ini tiada masalah kerana kita (Kerajaan Negeri) akan melanjutkan (tempoh pajakan tanah) secara automatik.
"Tetapi, kalau kita bukan lagi menjadi Kerajaan Negeri ini, saya tak tahu lah kerana Kerajaan (Negeri) BN tiada dasar sedemikian," ujar beliau di Komtar di sini baru-baru ini.
Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Pembangunan Keusahawanan, Penerangan dan Warisan berkata demikian sebagai reaksi pada kebimbangan yang diluahkan oleh Naib Presiden Persatuan Penduduk Bukit Gelugor, M. Ganesh di media arus perdana baru-baru ini.
"Kalau luput (status pajakan tanah asal), kita akan (memberi) diskaun 90 peratus, penduduk perlu bayar 10 peratus (premium)...kita akan melulusan permohonan untuk melanjutkan (tempoh tanah pajakan) hingga ke-99 tahun.
"Sehingga kini, kita (Kerajaan Negeri) masih belum menerima apa-apa permohonan.
"Sekiranya ada permohonan, saya akan mencadangkan kepada (mesyuarat) Exco supaya kita (Kerajaan Negeri) akan mengenakan premium 10 peratus kepada yang luput sahaja," ujar beliau.
Difahamkan, pelaksanaan premium diskaun 90 peratus telahpun dilaksanakan di kampung warisan, kampung baru serta ladang-ladang sebelum ini.
Terdahulu, Ganesh dilaporkan bertanya mengenai rancangan Kerajaan Negeri untuk melanjutkan tempoh tanah pajakan yang dikenal pasti hampir tamat tempoh.
Beliau mendakwa Guan Eng pada tahun 2008 dilaporkan pernah mengumumkan pemilik tanah pajakan kediaman di negeri ini boleh memohon daripada Kerajaan Negeri untuk menukar status tanah mereka pada pegangan bebas (free hold).
Dalam perkemangan sama, Ganesh berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri dalam Mesyuarat ke-66 Majlis Tanah Negara pada 1 Disember 2010 turut dilaporkan berkata, semua Kerajaan Negeri boleh meluluskan permohonan untuk memperaharui atau melanjutkan status tanah pajakan tidak melebihi 99 tahun, melainkan untuk tujuan kepentingan awam.
Bagaimanapun, Guan Eng berkata, Pusat melalui Majlis Tanah Negara belum mengeluarkan sebarang ketetapan rasmi seperti yang dinyatakan oleh Muhyiddin.
"Tanah kekal (free hold), kita (Kerajaan Negeri) memang ada hasrat, tetapi, Kerajaan Pusat tidak benarkan kerana menurut mereka, perlu mendapat persetujuan daripada Majlis Tanah Negara dan belum ada keputusan rasmi," jelas Guan Eng lagi.