di negeri pulau pinang - Google Blog Search |
Jika MARANG berada dalam <b>negeri PULAU PINANG</b>, kompom akan <b>...</b> Posted: 26 Feb 2014 06:40 PM PST Kalaulah gerai yang diroboh ni di Pulau Pinang.. riuh rendahlah 1Malaysia... Hujung Januari lalu satu kekecohan yang melibatkan keganasan telah tercetus bilamana pihak Penguatkuasa MPPP bertindak merobohkan beberapa gerai disepanjang Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Dalam kekecohan itu Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Encik Abu Hassan Omar telah dibelasah sehingga menyebabkan bajunya terkoyak. Insiden itu telah dikecam oleh Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Dato' Hj Mohd Rashid bin Hasnon. Dalam kenyataan medianya beliau berkata "Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengecam dan memandang berat tindakan ganas oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab yang telah memukul Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Encik Abu Hassan Omar sehingga menyebabkan bajunya terkoyak di Teluk Bahang". Tambahnya lagi "Ahli-ahli pertubuhan seperti Perkasa dan UMNO berada di kawasan tersebut semasa kejadian ganas berlaku. Encik Abu Hassan dan anggotanya sedang menjalankan tugas penguatkuasaan dan diarahkan untuk merobohkan gerai haram yang kosong, yang sedang dibina dan baru dibina.
"Sungguhpun terdapat seramai 35 orang anggota polis, mereka tidak dapat melindungi seorang pegawai awam kanan ataupun memastikan undang-undang ditegakkan." Laporan penuh dan gambar-gambar tentang insiden itu sila baca di ( SINI ) Itu apa yang berlaku di Pulau Pinang, bilamana operasi merobohkan binaan haram yang biasanya dijadikan gerai-gerai di atas tanah milik kerajaan negeri pasti tercetus kekecohan.. Biasanya yang mencetuskan kekecohan itu pula adalah golongan yang sama, yang mendakwa merekalah pejuang bangsa.. Itulah untungnya Melayu Pulau Pinang.. punya pembela yang perkasa dari PERKASA.. Tapi berbeza sungguh nasib Melayu Pulau Pinang dengan nasib Melayu di Terengganu ini.. gerai mereka dirobohkan kerajaan yang didominasi oleh UMNO tapi tiada siapa yang peduli... Kedai diroboh tanpa notis, mohon penjelasan http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/02/kalaulah-gerai-yang-diroboh-ni-di-pulau.html |
Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b> nafi timbang haram khutbah Jumaat <b>...</b> Posted: 19 Feb 2014 01:42 PM PST GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam menafikan dakwaan dalam laman blog kononnya ia sedang mempertimbang secara serius untuk mengharamkan khutbah Jumaat. Menyifatkan dakwaan itu sebagai berbaur fitnah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim berharap polis dapat mengesan serta memberkas pihak yang membuat dakwaan itu. "Kalau orang tu dah gila, jangan sama-sama sahut perkara yang dibangkitkan oleh orang gila, negara komunis pun tidak buat seperti itu…kalau nak haramkan khutbah samalah macam kita haramkan solat Jumaat, macam nak tutup masjid. "Orang itu (individu yang menulis blog) harus dikenakan tindakan, polis perlu siasat dan bawanya ke mahkamah," katanya kepada pemberita di sini. Pada 17 Feb lepas, laman blog yang dinamakan 'Negara Pakatan Rakyat' mengeluarkan kenyataan terdapat beberapa pemimpin pakatan tidak gemar dengan kandungan khutbah Jumaat yang didakwa mengandungi mesej berbaur ekstremis dan diskriminasi. Abdul Malik sebelum itu telah mengadakan pertemuan singkat dengan wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Balik Pulau di sini. Antara yang hadir pada pertemuan itu ialah Pengerusinya Mohd Rizuad Mohd Azudin dan Ketua Penerangannya Mohd Pazli Ismail. Mohd Pazli berkata pertemuan singkat itu bertujuan mendapatkan penjelasan serta kerjasama daripada kerajaan negeri berhubung dakwaan blog berkenaan. Sementara itu dalam sidang media berasingan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci terhadap pemilik blog 'Negara Pakatan Rakyat' yang mengeluarkan kenyataan sehingga boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rak-yat. — Bernama |
You are subscribed to email updates from di negeri pulau pinang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |