Khamis, 13 Mac 2014

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Mar 2014 09:32 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Oct 2013 09:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

APA DAH JADI DENGAN WARISAN <b>BATU UBAN</b> ? | Pinang Press

Posted: 06 Oct 2013 05:09 PM PDT

BATU UBAN ialah antara perkampungan Melayu yang tertua di P Pinang. Dibuka oleh seorang Nakhoda dan  perantau dari Kampung Buadi Sumatera Barat.  Alam Minangkabau kira 50 tahun sebelum ketibaan Kepten Francis Light pada yahun 1786.  Maknanya sejarah P.Pinang bukan diawali oleh Inggeris yang menyatkan pulau  ini kosong tanpa penghuni. Hanya kurang lebih 50 orang menduduki pulau ini ketika Inggeris mendarat.

Kenyaataan itu tertolak  dengan wujudnya BATU UBAN. Lebih-lebih lagi dengan adanya lakaran peta terawal  pada tahun 1763 yang merakamkan There was a town dalam.Tempat itu ialah Batu Uban.

Soalnya kita jangan terkurung dengan sejarah warisan dan rekayasa penjajah yang meletakkan tarikh rasmi sesuatu tempat itu dibuka atau tertubuh.Apakah sebelum pembukaan tidak ada perkampungan yang wujud di tepian pantai. Kalau tidak ada kampung macam mana timbul nama.Nama-nama tempat memainkan peranan yang penting dalam sejarah. Nama P.Pinang telah wujud sejak berzaman.

Begitu juga dengan pulau-pulau di sekelilingnya seperti Pulau tikus, P. Jerejak, Pulau Kendi, Pulau Rimau. Pulau Betong dll. Begitu juga dengan kampung-kampung  yang mengadap ke pantai Kedah. Penduduknya sering berulang alik, Dari Kedah ke P.Pinang dengan hanya  menempoh selat Utara yang sempit. Biasanya mereka mempunyai rumah di kedua belah tempat.

Sejarah mengapa disempitkan dalam batasan tarikh seolah-olah sebelum tarikh ini tidak ada kawasan yang terbuka. Kampung Tanjong Tokong, Batu Feringhi, Telok Bahang, Teluk Tikus, Kelawai, Batu Putih, Bagan Jermal, Tanjong Huma, Teluk Duyung, Pantai Aceh adalah tempat – tempat yang telah lama terbuka. Bagaimana timbul nama Batu Feringhi.

Feringhi dirujuk sebagai Benggali Putih atau Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511. Nama itu diberi berdasarkan perinstiwa sejarah.Wujudnya orang Feringhi yakni Portugis dengan P.Pinang dalam pelayaran mereka memasuki Selat Melaka.

Kajian yang dilakukan menunjukkan berbagai kampung telah dibuka dan dinamakan berdasarkan penamaan yang bersifat georafi. Bermakna orang Melayu telah meneroka hampir keseluruhan bahagian di P.Pinang terutama di pesisiran pantai.

Pulau – telah dinamakan walau pun tidak didduki

Selat – Selat Utara

Tukun- Tukun Tengah, Tukun Tepi , Tukun Kawah dll

Batu – Batu Feinghi, Batu Kawan, Batu Putih

Pasir – Pasir Gebu, Pasir Pandak, Pasir Belanda

Pantai – Pantai Aceh, Pantai Emas

Tanjong

Teluk

Tebing

Seberang

Permatang

Bagan,

Sungai.

Bukit,

Permatang

Ekor

Kepala

Kuala

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Mar 2014 09:38 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Padang Tanah Lapang <b>Batu Uban</b> akan <b>di</b> naik taraf - ahli majlis mppp

Posted: 04 Aug 2013 09:37 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]1) Telah sekian lama padang ini yang terletak bersebelahan E Park dan Vila Seri Kenanga di Jalan Batu Uban tidak diselenggara oleh pihak MPPP sejak ia disediakan oleh MPPP pada 1995 dibawah kerajaan BN. 2) Saya ...

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Pengalaman Menunggang Kuda <b>Di</b> Pantai <b>Batu Ferringhi</b> <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2014 05:25 PM PST

Sekiranya anda bercuti ke Pantai Batu Ferringhi atau bermalam di sekitar kawasan ini, anda akan lihat ada ramai penduduk tempatan yang menyediakan perkhidmatan 'Menunggang Kuda' di sepanjang pantai Batu Ferringhi tersebut. Ada banyak pilihan samada anda nak cuba menunggang kuda jenis biasa atau 'Kuda Padi'.
Beberapa tahun yang lepas, semasa bercuti di Batu Ferringhi, MrJocko dan Hasya sempat menunggang kuda di pantai ini. Harga untuk setiap pusingan tunggangan dikenakan charge RM20 hingga RM30. Untuk tawar-menawar, anda sendiri kena pandai bincang harga dengan mereka. InsyaAllah kalau kena cara boleh dapat lagi murah.
Mula-mula MrJocko sendiri tak yakin boleh tunggang kuda ni. Maklum la, tak selesa kerana tak biasa. Lagipun permukaan pasir di pantai, rasa macam kuda tu jalan tak seimbang. Tetapi sebenarnya, kuda seekor binatang yang memang bijak. Pandai seimbangkan badannya dan kita sebagai penunggang memang akan turut seimbang.



Kelebihan menunggang kuda ini memang dah ramai yang tahu. Mungkin sebab kos atau tak banyak tempat yang menyediakan perkhidmatan ini, maka sukan berkuda ini nampak seperti sukan orang kaya-kaya. Kalau biasa, di sekitar KL untuk beberapa sesi tunggangan ia dikenakan charge dari RM70 untuk satu jam. Anda boleh memilih sesi mana yang anda mahu.
Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya. Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat di tunggang- adalah baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. 
Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda. Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. 
Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan 'galloping' kuda. Sebab itu, ada beberapa syarikat yang menjual peralatan kesihatan sama seperti anda menunggang kuda. Pernah tengok kan???
Kalau anda nak cari sesuatu kelainan, apa kata jom cuba sukan menunggang kuda pulak. Sebenarnya bila anda dah cuba, anda akan jatuh cinta dengan sukan berkuda ini. Nampak simple tetapi memang best. Tak sabar nak cuba untuk naik kuda lagi.

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


5 Gambar Lelaki Gantung Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasih <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2014 08:52 PM PST

Seorang lelaki ditemui mati di kawasan siar kaki berdekatan dengan Kilang Jabil, Batu Maung, Pulau Pinang.

Gambar yang diperolehi dari Facebook Daily Traffic Report itu bagaimana pun tidak disertakan dengan laporan penuh mengenai kejadian itu.

Namun, menurut sumber tidak rasmi, lelaki berkenaan didakwa bergaduh dengan kekasihnya. Gagal mencapai elemen pendamaian, lalu lelaki berkenaan bertindak membunuh diri dengan mengantungkan dirinya di sebatang pokok di siar kaki.

Kekasihnya cuba membantu dan menyelamatkan lelaki tersebut. Malangnya sudah terlambat, lelaki berkenaan meninggal di tempat kejadian.


09 di permatang pauh - Google Blog Search

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Tangan &#39;ternoda&#39; <b>di Permatang Pauh</b>... | Pilihan Anda

Posted: 13 Mar 2014 04:51 AM PDT

Desperado | 3/06/2014 | 0 comments

Seorang lelaki tidak dikenali menyerang MP Seputeh Teresa Kok dengan sebutir telur tembelang dalam satu kejadian di Pulau Pinang pada malam tadi.

Menurut Kok, lelaki tersebut mendekatinya dan ingin bersalamannya dengannya selepas beliau menyampaikan ceramah di Permatang Pauh, mengenai satu rakaman video sempena Tahun Baru Cina yang mencetus kontroversi.

Telur tembelang itu kemudiannya pecah ketika mereka bersalaman, yang mengotori tangan dan bajunya dalam kejadian itu, kata Kok ketika dihubungi.

"Dia kata dia mahu berjabat tangan dengan saya. Saya hulurkan tangan dan bersalaman dengannya. Kemudian baru saya sedar dia memegang telur di tangannya.

"Telur itu pecah, mengotori tangan saya dan terkena sedikit di pakaian saya," katanya kepada Malaysiakini.

Kok bagaimanapun menafikan bahawa beliau ditampar dalam kejadian itu, seperti dilaporkan Utusan Malaysia malam tadi.

Utusan sekitar tengah malam tadi mengirim SMS yang menyebut: "Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok ditampar seorang lelaki tidak dikenali selepas berceramah di Taman Cermai, Permatang Pauh 11.30 malam tadi."

Akhbar milik Umno itu kemudiannya menerbitkan pembetulan bahawa Kok hanya diberi telur tembelang, yang pecah ketika bersalaman.

Kok berkata lelaki tersebut cuba beredar selepas telur tersebut pecah, tetapi dihalang oleh hadirin lain di majlis tersebut.

Sementara itu, MP Bukit Mertajam Steven Sim yang mengiringi Kok ke majlis berkenaan berkata lelaki itu kemudiannya dibawa dari kawasan berkenaan oleh anggota polis

Category: , ,

PERINGATAN:
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


Warga Libya perkosa remaja 15 tahun <b>di Balik Pulau</b> | Pilihan Anda

Posted: 30 Jan 2014 12:02 AM PST

Desperado | 1/30/2014 | 1 comments

BALIK PULAU: Seorang lelaki warga Libya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun di Bayan Lepas di sini, pada 21 Disember tahun lalu.

Mahmoud M Mukhtar Bagaeigaa, 20, mengangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Inggeris.

Dia dituduh merogol gadis bawah umur itu di padang permainan Taman Sri Nibong, Jalan Bukit Kecil 1, Bayan Lepas di sini pada 12.30 tengah malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Majistret Muhammad Najib Ismail tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Mac untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Charanjit Singh manakala Mahmoud tidak diwakili peguam.

- BERNAMA

Category:

PERINGATAN:
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


bertemu <b>di</b> prk bukit <b>gelugor</b> !! karpal hilang <b>...</b> - medan tempur

Posted: 11 Mar 2014 03:11 AM PDT

Dari segi teknikal Karpal Singh sudah gugur sebagai Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor.Ini setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin mengenakan denda RM 4,000 keatasnya kerana didapati bersalah membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan APerak pada tahun 2009.

Apapun setakat ini beliau masih kekal sebagai seorang Ahli Parlimen kerana berhak membuat rayuan ke mahkamah lebih tinggi terhadap keputusan itu.

Ikut peraturan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika kena hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM4,000.

Karpal membuat kesalahan itu semasa kehangatan isu Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat tumbang selepas 11 bulan berkuasa kerana tiga ahli Dewan Undangan Negeri 'lompat'

Peguam terkenal ini didakwa pada 21 Februari 2009 ada berkata Sultan Perak boleh dikenakan tindakan kerana melucutkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Keputusan menghukumm Karpal itu dibuat oleh Hakim Azman Abdullah.

Karpal yang ditemui wartawan kemudian berkata beliau masih Ahli Parlimen dan kedudukannya hanya boleh diputuskan selepas selesai proses rayuan.-11/3/2014- Agenda Daily