Ahad, 13 April 2014

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


KANAK-KANAK PEREMPUAN BERUSIA DUA TAHUN RENTUNG <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2014 12:37 AM PST

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (Arabic: إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎) | Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun rentung selepas terperangkap dalam rumahnya yang terbakar di Jalan Roshan pagi ini. Mayat mangsa dikenali sebagai Nurul Adrina Latina Mohd Asri ditemui di dalam sebuah bilik di aras bawah rumah dua tingkat berkenaan.

Ketika kejadian mangsa tinggal bersama nenek dan bapa saudaranya kerana ibu dan bapanya keluar bekerja. Akibat kejadian itu keseluruhan rumah berkenaan hangus terbakar.

budak maut kebakaran

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

::AL-FATIHAH::

Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Oct 2013 09:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

APA DAH JADI DENGAN WARISAN <b>BATU UBAN</b> ? | Pinang Press

Posted: 06 Oct 2013 05:09 PM PDT

BATU UBAN ialah antara perkampungan Melayu yang tertua di P Pinang. Dibuka oleh seorang Nakhoda dan  perantau dari Kampung Buadi Sumatera Barat.  Alam Minangkabau kira 50 tahun sebelum ketibaan Kepten Francis Light pada yahun 1786.  Maknanya sejarah P.Pinang bukan diawali oleh Inggeris yang menyatkan pulau  ini kosong tanpa penghuni. Hanya kurang lebih 50 orang menduduki pulau ini ketika Inggeris mendarat.

Kenyaataan itu tertolak  dengan wujudnya BATU UBAN. Lebih-lebih lagi dengan adanya lakaran peta terawal  pada tahun 1763 yang merakamkan There was a town dalam.Tempat itu ialah Batu Uban.

Soalnya kita jangan terkurung dengan sejarah warisan dan rekayasa penjajah yang meletakkan tarikh rasmi sesuatu tempat itu dibuka atau tertubuh.Apakah sebelum pembukaan tidak ada perkampungan yang wujud di tepian pantai. Kalau tidak ada kampung macam mana timbul nama.Nama-nama tempat memainkan peranan yang penting dalam sejarah. Nama P.Pinang telah wujud sejak berzaman.

Begitu juga dengan pulau-pulau di sekelilingnya seperti Pulau tikus, P. Jerejak, Pulau Kendi, Pulau Rimau. Pulau Betong dll. Begitu juga dengan kampung-kampung  yang mengadap ke pantai Kedah. Penduduknya sering berulang alik, Dari Kedah ke P.Pinang dengan hanya  menempoh selat Utara yang sempit. Biasanya mereka mempunyai rumah di kedua belah tempat.

Sejarah mengapa disempitkan dalam batasan tarikh seolah-olah sebelum tarikh ini tidak ada kawasan yang terbuka. Kampung Tanjong Tokong, Batu Feringhi, Telok Bahang, Teluk Tikus, Kelawai, Batu Putih, Bagan Jermal, Tanjong Huma, Teluk Duyung, Pantai Aceh adalah tempat – tempat yang telah lama terbuka. Bagaimana timbul nama Batu Feringhi.

Feringhi dirujuk sebagai Benggali Putih atau Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511. Nama itu diberi berdasarkan perinstiwa sejarah.Wujudnya orang Feringhi yakni Portugis dengan P.Pinang dalam pelayaran mereka memasuki Selat Melaka.

Kajian yang dilakukan menunjukkan berbagai kampung telah dibuka dan dinamakan berdasarkan penamaan yang bersifat georafi. Bermakna orang Melayu telah meneroka hampir keseluruhan bahagian di P.Pinang terutama di pesisiran pantai.

Pulau – telah dinamakan walau pun tidak didduki

Selat – Selat Utara

Tukun- Tukun Tengah, Tukun Tepi , Tukun Kawah dll

Batu – Batu Feinghi, Batu Kawan, Batu Putih

Pasir – Pasir Gebu, Pasir Pandak, Pasir Belanda

Pantai – Pantai Aceh, Pantai Emas

Tanjong

Teluk

Tebing

Seberang

Permatang

Bagan,

Sungai.

Bukit,

Permatang

Ekor

Kepala

Kuala

09 di Butterworth - Google Blog Search

09 di Butterworth - Google Blog Search


Pelarian Rohingya Ditemui Dalam Tongkang <b>Di Butterworth</b> - TV9

Posted: 10 Apr 2014 03:37 AM PDT

10 Apr 2014, 06:37pm by Syuhada Rais


Seorang pelarian Rohingya patah kaki; Manakala, 74 lagi rakan-nya ditemui lemah dalam sebuah tongkang di Butterworth, Pulau Pinang awal pagi tadi.

Ia setelah tongkang dinaiki terperangkap dalam selut, dua kilometer dari Pantai Kampung Padang Benggali.

Musibah menimpa pelarian terbabit disedari nelayan tempatan yang  bersiap untuk turun ke laut pukul 3 pagi tadi.

Menurut nelayan terbabit, mereka menemui sekumpulan pelarian rohingya terbabit merayau di kawasan pendaratan ikan berhampiran.

Berada dalam keadaan basah kuyup dan letih, mereka merayu diberi makanan.

Dakwa pelarian terbabit mereka terpaksa berenang dua kilometer dan meredah selut untuk sampai ke daratan.

Pelarian terbabit juga merayu agar rakan mereka didalam tongkang diselamatkan.

Polis segera dimaklum.

Tindakan mengepung kawasan terbabit dilakukan.

Hasilnya, 29 pelarian lelaki serta seorang perempuan ditangkap.

Pemeriksaan  seterusnya menemui sembilan lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki bersembunyi di hutan berhampiran.

Semua mereka dibawa ke Balai Polis Sementara Teluk Air Tawar untuk siasatan lanjut.

Polis kemudian melancarkan gerakan menyelamat pendatang  yang terkandas dalam tongkang itu.    

Dengan bantuan nelayan tempatan, tongkang dapat ditunda ke jeti pendaratan ikan bagan ajam. 

Hasil pemeriksaan polis menemui 21 lelaki dewasa, 15 wanita dewasa, 24 kanak-kanak lelaki dan 14 kanak-kanak perempuan.

Seorang daripada lelaki terbabit patah kaki.

Dia segera dikejarkan ke hospital.

Polis percaya pelarian terbabit sudah berada di lautan selama 15 hari.


09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Catatan Terbaru - BLOG PENANG: 09 <b>di Batu Ferringhi</b> - Google <b>...</b>

Posted: 29 Mar 2014 07:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Catatan Terbaru - BLOG PENANG: 09 <b>di Batu Ferringhi</b> - Google <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2014 07:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Punca Pencemaran Sungai <b>Batu Ferringhi</b> Penang - PERLING PUTIH

Posted: 04 Mar 2014 05:00 PM PST

GEORGETOWN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengenalpasti Indah Water Konsortium (IWK) antara penyumbang utama kepada masalah pencemaran pantai khususnya membabitkan Sungai Batu Ferringhi dan harus bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow  perkara itu dijelaskan berdasarkan laporan siasatan terkini yang dikemukan oleh JAS, pada taklimat kepada exco kerajaan negeri 28 Februari lalu.

Justeru Chow berkata, terpulang kepada pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap IWK memandangkan kertas siasatan telah diserahkan kepada pegawai undang-undang .

"Dalam taklimat itu,  JAS telah kenalpasti punca pencemaran di Sungai Batu Ferringhi antaranya premis makanan, loji IWK, kegiatan dobi dan cuci kereta.

JAS negeri telah pun menyiapkan kertas siasatan terhadap IWK berhubung dgn masalah pencemaran di Sungai Batu Ferringhi, kertas sisaatan dibuat berdasarkan peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 dan diserahkan kepada pegawai undang Jabatan Alam Sekitar Persekutuan," kata Chow.

Tambah Chow, menerusi taklimat itu juga, pihak JAS meminta agensi lain yang berkaitan mengambil tindakan wajar termasuk mencari penyelesaian berhubung isu pencemaran air di kawasan Sungai Batu Ferringhi memandangkan ia di luar kawalan JAS.

Ini kerana selain IWK, tiga buah premis makanan, tiga buah kedai dobi dan sebuah kedai  cuci kereta juga mungkin menjadi penyumbang utama kepada pencemaran di kawasan peranginan itu.

Chow berkata demikian di pejabatnya tengahari tadi bagi memberitahu perkembangan terkini isu pencemaran pantai Batu Ferringhi.

Isu pencemaran sebahagian air laut di pantai Batu Ferringhi yang dilaporkan media sejak awal Februari lalu mendapat perhatian umum memandangkan kawasan berkenaan popular sebagai destinasi pelancongan.

Air laut di kawasan itu bertukar hitam dan berbau didakwa berpunca daripada saluran paip loji kumbahan milik IWK.

Manakala maklumat awal yang diperolehi JAS mendapati adanya elemen bakteria (escherichia coli) e-coli dalam sampel air yang diambil dari Sungai Batu Ferringhi.

IWK bagaimanapun menafikan punca pencemaran datang dari loji kumbahan milik mereka.

Sementara itu, ketika dihubungi Astro AWANI, Pengurus Kanan Bahagian Komunikasi IWK Shahrul Nizam Sulaiman berkata pihaknya belum lagi meneliti laporan tersebut.

"Kami tidak berani komen atau buat apa-apa andaian lagi sebelum membaca kandungan laporan itu.

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bayan lepas</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Apr 2014 03:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bayan lepas</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2014 03:35 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kematian tahanan dalam lokap <b>di Bayan Baru</b> akibat asma | maibaca

Posted: 05 Mar 2014 03:08 AM PST

GEORGE TOWN — Kematian seorang tahanan dalam Lokap
Berpusat Balai Polis Bayan Baru di sini Sabtu lepas adalah kerana penyakit asma,
dan bukannya disebabkan anggota polis sebagaimana didakwa pihak tertentu, kata
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.
Beliau berkata punca kematian tahanan itu juga telah disahkan oleh doktor
yang menjalankan bedah siasat terhadap mayat lelaki terbabit di Hospital Pulau
Pinang.

Datuk Abdul Rahim Hanafi
"Tiada sebarang kecederaan lain di badan tahanan itu malah keluarganya juga
menerima kejadian berkenaan kerana mengetahui lelaki itu mempunyai penyakit.
"Jadi hari ini saya nak nafikan tuduhan yang dilempar oleh pihak tertentu
yang mendakwa polis menyebabkan kematian tahanan itu. Kami juga tidak menerima
sebarang aduan daripada keluarga tahanan atau laporan polis bagi menyiasat
(polis sebabkan kematian tahanan)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan
Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin memuat naik status di laman
twitternya berbunyi "Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan tetapi bila
polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah".

Dalam kejadian Sabtu lepas, seorang tahanan reman ditemui mati di Lokap
Berpusat Balai Polis Bayan Baru di sini selepas mengadu kurang sihat. Lelaki
berusia 50 tahun itu ditahan pada 24 Feb kerana kesalahan dadah.
Abdul Rahim berkata segala urusan berkaitan lokap dan tata cara pengendalian
tahanan terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan-peraturan
lokap yang perlu dipatuhi.
Setiap sel dalam lokap berkenaan turut dilengkapi CCTV dan hasil rakaman
tidak menunjukkan mangsa dipukul oleh mana-mana anggota polis atau tahanan lain
sebelum ditemui mati, katanya.
Mengenai program seorang wakil rakyat ingin melawat lokap kejadian itu,
Abdul Rahim berkata mana-mana pihak yang mahu melakukan lawatan dan pemeriksaan
dalam sel lokap perlu mendapatkan perintah mahkamah kerana tiada peruntukan
undang-undang yang membenarkan orang awam melawat atau membuat pemeriksaan di
dalam lokap

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


Produk Babi dijual secara terbuka <b>di</b> Tesc* <b>Jelutong</b> - Parit Buntar <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2014 04:30 PM PST

1. PBR difahamkan salah sebuah pasaraya terkemuka di Jelutong membenarkan perniaga kiosk menjual produk babi. produk berasaskan babi ini dijual di tengah-tengah laluan utama dalam pasaraya berkenaan. untuk makluman semua premis/kiosk berkenaan telah beroperasi lebih dari 2 tahun. mungkin lebih dari itu.

2. PBR perhatikan dimana-mana pasaraya manapun selalunya perniagaan produk berasaskan babi ini diasingkan dan diberi ruang khas. persoalanya dimana sensitiviti pihak pengurusan pasaraya berkenaan? ini persoalan babi yang dijual di tengah jalan. Adakah pihak berkuasa tempatan mengambil sikap sambil lewa untuk kuatkuasakan undang-undang? darimana kiosk berkenaan mendapat kebenaran untuk beroperasi secara terbuka ataupun sudah di beri arahan oleh tangan-tangan belakang kerajaan DAP Pulau Pinang menghalalkan perniagaan babi di tengah jalan ini.? 
3. kebiasaan dalam premis berkenaan dalam suasana berhawadingin bertutup sudah pasti bau aroma babi itu nenusuk ke hidung pengunjung-pengunjung pasaraya tersebut. jangan jadikan isu ini menaikkan kemarahan umat islam di negeri berkenaan khasnya.
4. PBR desak pihak pasaraya harus mengubah kiosk di tempat khas non halal serta merta. jika tindakan gagal diambil, pihak berkuasa tempatan wajib ambil tindakan! sita lesen perniagaan ditarik serta merta.

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


5 Gambar Lelaki Gantung Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasih <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2014 09:18 PM PST

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 647
Widget Aktif : 3,774
Banner Aktif : 5,452

Domain Dibenarkan: 9,226
Jumlah Artikel : 636,948

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


Pertimbang rata semua tebing pasir Masjid Terapung <b>Tg</b>. <b>Bungah</b> <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2014 07:14 PM PST

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

TANJUNG BUNGAH - Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Hariszuan Jaharudin pagi tadi berkata, takungan air kotor di bawah Masjid Terapung Tanjong Bungah mula dibersihkan secara semula jadi dek air laut pasang yang merentasi beting pasir pertama, walaupun kerja-kerja mengeruk beting pasir kedua masih dijalankan di sini.

Menurut beliau, pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), termasuk mempertimbang syor Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng untuk meratakan semua beting pasir yang diklasifikasikan tidak membahayakan penduduk sekitar serta habitat laut, di sini.

"Kita masih menunggu laporan penuh daripada JPS walaupun IWK (Indah Water Konsortium Bhd.) menjelaskan air kumbahan yang dilepaskan di sini (ke pesisiran pantai) telahpun dirawat," ujar Hariszuan kepada wartawan, selepas melawat keadaan beting pasir pertama yang siap diratakan sebelum ini.

Ahli Majlis MPPP, Chun Kit Lee dan Roslan Abu Bakar (Pengerusi Qaryah Masjid Terapung Tanjung Bungah) turut sertai sidang media tersebut.

Tambah Hariszuan, Pejabat Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sendiri sedang mempertimbangkan cadangan memulihara semula Masjid Lama Tanjong Bungah serta kawasan sekiranya di sini, bergantung pada laporan penuh daripada JPS.

Terdahulu, Kerajaan Negeri menerima aduan daripada penduduk qaryah di sini berhubung isu takungan air kotor di bawah masjid tersebut.

Guan Eng serta Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow serta beberapa jabatan kerajaan berwajib lantas turun meninjau masalah malar segar tersebut.

Hasil lawatan itu, Guan Eng mengarahkan kerja-kerja mengeruk tebing pasir pertama sepanjang 20 meter tersebut dilakukan segera, dan siap dalam masa empat hari seperti dirancang.