Ahad, 11 Mei 2014

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b> Tolak Hukum Hudud | Suara <b>...</b>

Posted: 08 May 2014 08:15 AM PDT

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tolak Hukum Hudud

Jambatan-Pulau-Pinang-Lim-Guan-Eng

GEORGETOWN – Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini berkata kerajaan DAP Pulau Pinang tidak bersetuju terhadap sebarang pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

"Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan sebarang pelaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang. Saya menyebut perkara ini bukan sahaja sebagai pemimpin DAP tetapi juga sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan juga pendirian kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan projek naik taraf Kompleks Makanan Padang Brown, Jalan Datuk Keramat di sini.

Guan Eng berkata pendirian kerajaan negeri jelas iaitu menolak hukum hudud dan beliau juga meminta Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow menyatakan pendirian parti itu terhadap hukum hudud.

"Kami berharap pengerusi BN negeri boleh menyatakan pendirian mereka di Pulau Pinang. Apa pendirian BN (mengenai hudud) di Pulau Pinang?," katanya.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Bungah dari DAP Teh Yee Cheu meminta Guan Eng dan Chang Yeow menyatakan pendirian berhubung hukum hudud, selain perlu menerangkan kepada rakyat sama ada mereka menyokong atau menentang undang-undang jenayah Islam itu.

Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kembali menjadi perbincangan hangat akhir-akhir ini apabila Kerajaan Pas Kelantan melalui Ahli Parlimen parti itu, bercadang membawa usul berhubung perkara itu di Dewan Rakyat Jun ini.

Hasrat Pas untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ditentang keras sekutunya, DAP, atas alasan pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan Pas-DAP-PKR.

Terdahulu, Guan Eng dalam ucapannya berkata projek menaik taraf kompleks makanan itu dijangka siap Mac tahun depan dan sepanjang tempoh itu gerai-gerai sedia ada beroperasi seperti biasa.

Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf kompleks makanan itu dijalankan oleh Syarikat Arza Aktif Enterprise dengan kos RM2.6 juta.

Kompleks yang mempunyai 33 unit gerai makanan halal dan 24 unit gerai makanan tidak halal itu bakal dilengkapi tandas awam, bilik khas menyusu, surau dan laluan basikal, katanya. – Bernama

Artikel disiar pada 08/05/2014 - 11:15 pm oleh SGBSelangor

09 di Butterworth - Google Blog Search

09 di Butterworth - Google Blog Search


Landskap Siasah: 1 Mei <b>di Butterworth</b>- Pekerja perlu bersatu <b>...</b>

Posted: 01 May 2014 06:30 AM PDT

Himpunan Pekerja Bantah Kenaikan Harga Barang dan GST telah diadakan di Butterworth dengan jayanya walaupun kedengaran halangan pihak polis terhadap wakil-wakil union pekerja dan NGO untuk hadir.
Himpunan aman ini memang tidak seramai himpunan di Kuala Lumpur hari ini. Namun ada sedikit nilai mesej berlainan yang mungkin boleh dihebahkan kepada rakyat.
Wakil MTUC, pekerja, NGO yang membela hak rakyat dan kaum pekerja berucap betapa perlunya pekerja memahami hak mereka serta sedar peranan pekerja membawa kemakmuran di bumi Malaysia. 
Pekerja yang rata-rata masih berpendapatan isi rumah rendah walaupun kerajaan mengumumkan kenaikan pendapatan isi rumah saban tahun. 
Pekerja perlu faham apa itu GST dan mengapa ia dianggap bakal meranapkan ekonomi pekerja walaupun dalam aspek lain ia juga merupakan kaedah pencukaian yang efisyen. Dengan masalah rendah pendapatan, kos barangan dan kuasa membeli yang rendah, GST hanya menjadi barah kepada ekonomi negara.
Himpunan ini juga mendesak cola pekerja swasta sebanyak RM 300 serta kadar gaji minimum sebanyak RM 1500 sesuai dengan kadar harga barang hari ini.
Dalam hal cuti bersalin juga, kadar 60 hari untuk pekerja swasta adalah kadar sejak merdeka dan ia sudah ketinggalan zaman. Zaman berubah, manusia perlu meninggalkan menjadikan manusia bernama pekerja sebagai komoditi bertukar menganggap mereka sebagai insan yang memakmurkan negara.







Jumpa Ong Jing Cheng, Kin Yin (aktivis Dapur Jalanan Pulau Pinang) dan kawannya di Himpunan Pekerja 1 Mei di Butterworth pagi tadi.... perlaksanaan GST tanpa menimbang keupayaan isi rumah dan kadar gaji pekerja swasta yang masih rendah hanya akan membawa pekerja bawahan ke lembah kesengsaraan.

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu Ferringhi</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2014 07:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Sungai <b>Batu Ferringhi Di</b> Cemari E.Coli | Fuh.My

Posted: 07 Feb 2014 04:39 PM PST

Sungai Batu Ferringhi Di Cemari E.Coli | Laut di Georgetown di cemari oleh bakteria E.Coli yang telah menghakis sebahagian daripada laut dan mengakibatkan laut menjadi hitam. Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sungai Batu Ferringhi Di Cemari E.Coli. Baca berita lanjut :

Sungai Batu Ferringhi Di Cemari E.Coli

GEORGETOWN – Ujian sampel air di Sungai Batu Ferringhi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) semalam mendapati ia mempunyai elemen bakteria e-coli (Escherichia coli).

Pengerusia Jawatankuasa Kesihatan, kebajikan dan Masyarakat Penyayang negeri Phee Boon Poh berkata pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk tindakan lanjut.

"Kami juga meminta Jabatan Kesihatan membuat pemeriksaan terhadap tangkapan hasil laut di sekitar perairan kawasan Batu Ferringhi sama ada mempunyai elemen bakteria e-coli atau tidak," katanya ketika dihubungi di
sini, hari ini.

Sumber

Semalam, akhbar melaporkan sebahagian air laut di Pantai Batu Ferringhi di sini, yang merupakan kawasan tumpuan pelancong, bertukar hitam dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan selain berdepan masalah hakisan pantai yang serius.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika ditanya mengenai perkara itu, berkata: "Kami menyerahkannya kepada MPPP untuk makluman balas. Apa yang difahamkan daripada Patahiyah (Yang Dipertua MPPP Datuk Patahiyah Ismail), ia sebenarnya oleh IWK (Indah Water Konsortium Sdn Bhd). Saya tidak mahu menambah apa lagi.

"Biarlah MPPP yang memberi makluman balas. Ini isu IWK. MPPP akan keluarkan kenyataan mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan BEST (Bridge Express Shuttle Transit) Bertam-Komtar, di sini hari ini.

Perkhidmatan bas percuma BEST dari Kiosk Bertam ke Komtar bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar ini.

Lim berkata perkhidmatan BEST Komtar yang diperkenalkan pada 3 Disember 2012 telah memberi manfaat kepada penjawat awam yang bertugas di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Perkhidmatan pertama itu menggunakan dua bas Plusliner Syarikat Konsortium Nasional Berhad dengan jadual perjalanan dari Sunway Carnival, Seberang Jaya dekat sini ke Komtar pada 6.50 pagi dan dari Komtar ke Sunway Carnival pada 5.20 petang.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menyatakan hasil ujian sampel air Sungai Batu Ferrighi akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

Siasatan dan ujian air sungai itu dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kata MPPP dalam kenyataan hari ini.

Lawatan tapak oleh MPPP dan JPS pada Isnin lepas mendapati air hitam di Sungai Batu Ferringhi bermula dari kawasan muara sungai berkenaan. – Bernama

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.

Latest posts by Beki Mustaffa (see all)

Comments

comments

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu Ferringhi</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2014 07:22 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pencemaran Sungai <b>Batu Ferringhi</b>: IWK, Jabatan Alam Sekitar <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2014 08:40 PM PST

GEORGE TOWN, 25 FEBRUARI: Indah Water Konsortium (IWK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak boleh lari daripada menyatakan kepada rakyat Pulau Pinang punca sebenar berlakunya pencemaran air Sungai Batu Ferringhi dan pantainya serta langkah pencegahan yang dilaksanakan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, ini kerana jawapan Pengurus Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) pada 18 Februari lalu, jelas menunjukkan pencemaran itu tidak membabitkan operasi loji rawatan itu.

Katanya, pencemaran secara besar-besaran seperti itu tidak mungkin berpunca daripada individu atau satu pengusaha, sebaliknya datang daripada satu punca besar berbentuk institusi.

"Walaupun keadaan air sungai sudah pulih dan pantai kini bersih, asal usul serta sebab musabab dikenalpasti agar keadaan pencemaran tidak berulang.

"Lebih-lebih lagi bila ada video Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang jelas membuktikan air paip IWK melepaskan air kotor hitam ke Sungai Batu Ferringhi," katanya dalam kenyataan media.

Oleh itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pihak yang dipertanggungjawabkan menjalankan tugas perundangan seperti IWK dan JAS, perlu memelihara dan melindungi alam sekitar dengan menunaikan amanah yang diberikan.

Proses rawatan air di Loji Rawatan Air PBAPP di Batu Ferringhi adalah menggunakan sumber air mentah yang daripada Empangan Teluk Bahang yang perlu menjalani proses pengudaraan (aeration), flokulasi dan koagulasi, pemendapan dan penapisan sebelum dapat disalurkan kepada pengguna daripada tangki simpanan air terawat.
Tangki pemendapan akan dicuci setiap enam (6) bulan sementara tangki penapisan dicuci setiap 72 jam. Air cucian daripada kedua-dua tangki itu akan disalurkan ke tangki pengenapan (supernatant tank) di mana mendapan tangki ini akan disimpan di kolam simpanan sisa enapan (sludge lagoon).

Apabila kolam simpanan sisa enapan ini sudah penuh pihak PBAPP akan mengupah kontraktor bertauliah untuk mengambil sisa ini ke timbus tanah yang diluluskan Jabatan Alam Sekitar.

Lebihan air daripada proses ini akan dipam semula masuk ke loji rawatan untuk dicampurkan bersama air daripada Empangan Teluk Bahang untuk rawatan semula (recycle).

Oleh kerana Loji Batu Feringghi tertakluk di bawah pensijilan ISO 14001:2004 (piawaian 'environmental management system') yang diperoleh sejak 2005, maka proses rawatan air tidak boleh membuang air sisa buangan terus ke alam sekitar atau Sungai Batu Ferringhi sewenang-wenangnya.

Oleh yang demikian, pihak PBAPP mengamal dan mempraktikan 'zero discharge' daripada Loji Rawatan Air Batu Ferringhi. Perkara itu telah disahkan oleh tiga Pegawai JAS yang melakukan pemeriksaan di Loji Rawatan Air Batu Ferringhi pada 10 Februari lalu.-Roketkini.com

Pencemar sungai <b>Batu Ferringhi</b> sudah dikenal pasti - Harakah Daily

Posted: 03 Mar 2014 06:58 PM PST

 

GEORGE TOWN: Empat pihak telah dikenal pasti sebagai penyumbang pencemaran air sungai dan laut di pantai Batu Ferringhi di sini, awal bulan lepas.
    
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow berkata punca itu dikenal pasti hasil siasatan Jabatan Alam Sekitar negeri dan dimaklumkan dalam mesyuarat kerajaan negeri Pulau Pinang pada 28 Feb lepas.
    
Beliau berkata dalam taklimat itu, JAS turut memaklumkan bahawa ada kertas siasatan terhadap pihak terbabit yang telah siap dan diserahkan kepada pegawai undang-undang JAS persekutuan untuk tindakan lanjut.
    
"Kertas siasatan ini dibuat berdasarkan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009. Sebarang tindakan lanjutan tertakluk kepada keputusan pegawai undang-undang JAS persekutuan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam, yang turut dihadiri pegawai JAS negeri.
    
Chow berkata pihaknya juga sedang menunggu laporan daripada pasukan petugas yang dikendalikan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk pelan tindakan yang lebih komprehensif bagi mengawal pencemaran air sungai dan laut di kawasan itu.

Menurut Chow, Jabatan Kerajaan Tempatan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Status Pengoperasian Sistem Pembentungan dan Kejadian Pencemaran Pantai Batu Ferringhi pada Khamis.

Pencemaran air di Batu Ferringhi yang dilaporkan media sejak 3 Feb lepas mendapat perhatian umum memandangkan kawasan itu popular sebagai destinasi pelancongan.
    
Sehubungan itu, pelbagai siri ujian dijalankan oleh pihak terlibat untuk menentukan punca sebenar pencemaran itu. - Bernama

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


5 Gambar Lelaki Gantung Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasih <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2014 09:18 PM PST

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 773
Widget Aktif : 3,867
Banner Aktif : 5,686

Domain Dibenarkan: 9,553
Jumlah Artikel : 705,856

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2014 03:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ngauman terakhir Harimau <b>Jelutong di</b> Parlimen <b>...</b> - Rakyat Marhaen

Posted: 18 Apr 2014 01:54 AM PDT

Karpal Singh dikenali kerana ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat sehingga membuatkannya digelar "Harimau Jelutong".

Malah, dalam penampilan terakhirnya di Parlimen, veteran politik 74 tahun itu nyata tidak mengecewakan walau berucap daripada atas kerusi roda.

"Ikut apa yang ada dalam perlembagaan. Undang-undang yang utama dalam negara ini bukan standing order. Standing order boleh disuspend-kan. Ada peruntukan. Boleh menggunakan budi bicara. Kenapa Tuan Yang di-Pertua tidak mahu menggunakan budi bicara itu?

"Ini kali yang kedua di mana kelakuan hakim-hakim ada disebut dalam Dewan yang mulia ini. I, dengan izin to move on similar motion against the chief justice, the former Chief Justice Tan Sri Zaki. Nothing happen.

"Kenapa? Adakah dewan ini takut daripada hakim-hakim? Tidak berani untuk berbahas kelakuan hakim-hakim? So apa yang saya nyatakan tadi Tuan Yang di-Pertua? Jangan main-main, jangan," katanya.


Perkara itu antara 'ngamaun' terakhir Karpal pada 10 April lalu – 36 tahun selepas beliau kali pertama melangkah ke Parlimen untuk kali pertama sebagai anggota Parlimen Jelutong.

Karpal mencelah terhadap keputusan speaker menghalau Azli Ali (PKR-Gombak) dab Hanipa Maidin (PAS-Sepang) daripada dewan, ekoran usul berhubung hakim Mahkamah Rayuan.

BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2014 03:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2014 03:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UMNO <b>Jelutong</b> dakwa kain rentang berbaur provokasi kalimah <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2014 02:17 AM PST

GEORGE TOWN – Pemuda UMNO Bahagian Jelutong mendakwa kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah digantung di perkarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di sekitar Pulau Pinang awal hari ini.

Ketuanya Jasmin Noordin berkata, perbuatan itu bukan dilakukan oleh pihak gereja tetapi sebaliknya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya percaya ada pihak tertentu yang sengaja hendak membuat provokasi supaya rusuhan kaum berlaku di Malaysia dengan menggantung kain rentang sedemikian," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Difahamkan, kain rentang terbabit dengan jelas tertera ungkapan 'Allah Is Great' (Allah Maha Besar) dan "Jesus is the son of Allah' (Jesus anak lelaki Allah) dipercayai digantung di lima kawasan di sekitar negeri ini.

Jasmin berkata, pihaknya akan membuat polis terhadap perbuatan itu yang dipercayai dilakukan pada tengah malam tadi.

Katanya, beliau berjaya menurunkan kain rentang berkenaan yang terdapat di Gereja St John Britto, di Sungai Pinang kerana perbuatan sedemikian akan menghancurkan keharmonian di negara ini.

"Saya percaya kain rentang berbaur provokasi ini digantung di perkarangan lima buah gereja di negeri ini," katanya.

Tinjauan di sekitar kawasan berkenaan mendapati kain-kain rentang berkenaan telah diturunkan dan difahamkan hampir 100 penduduk Kampung Rawa, Sungai Pinang di sini berkumpul untuk melihat kain rentang terbabit sebelum ia diturunkan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Penguna dan Hal Ehwal Agama Islam Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata beliau tidak menerima sebarang aduan berhubung perkara itu sehingga dimaklumkan oleh pihak media.

"Saya baru dapat tahu perkara tersebut dan satu siasatan segera akan dilakukan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku," katanya. – Bernama

BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Apr 2014 03:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

60 minit bersama &#39;Harimau <b>Jelutong</b>&#39; | roketkini.com

Posted: 29 Mar 2014 12:17 AM PDT

11 Mac lalu, Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman denda RM4,000 kepada Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh, berikutan kenyataannya dalam isu rampasan kuasa kerajaan Pakatan di Perak pada 2009.

Wartawan yang tidak sempat masuk ke kamar mahkamah sabar menunggu di luar seawal jam 9.30 pagi. Kira-kira jam 1 tengah hari, beliau keluar daripada kamar, disambut jambangan bunga dan 'flash' kamera bertalu-talu. Antara kata-kata yang pertama keluar daripada mulutnya adalah:

"Saya hanya laksanakan amanah rakyat". Dan oleh kerana amanah itu, beliau menerima hukuman denda RM4,000 dan mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Kata-kata yang sama turut diungkapnya ketika sesi wawancara bersama wartawan Roketkini, Aedi Asri.

Hukuman seperti gantung orang tidak berdosa: Harimau Jelutong

WIRA8926Tepat jam 5.00 petang, kami sampai ke firmanya yang masih sibuk dengan pelanggan yang duduk menunggu giliran di bangku panjang. Ada pasangan berusia 50-an, juga wanita muda, seorang diri – suasana seperti dalam klinik. Kami segera ke pejabatnya di tingkat satu.

Memahami kesibukannya sebagai peguam dan ahli politik (sebelah malam, beliau perlu hadir mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat di Ibu Pejabat DAP) dan peguam, kami segera memulakan wawancara, tentunya mengenai kes mahkamahnya dan Akta Hasutan 1948.

Walaupun pada ketika itu hukuman belum dijatuhkan, beliau dengan tegas mempertahankan kenyataannya itu. Namun, pada masa sama tidak dapat mengelak daripada rasa dizalimi sistem di mana dirinya adalah 'operator' di dalamnya – sebagai peguam.

"Tentunya," katanya berhubung kesediaan untuk ke penjara. "Walaupun saya pasti apa saya katakan itu tidak punya asas langsung untuk dakwaan. Saya cuma kata Sultan Perak boleh disaman. Pada 1993, satu mahkamah khas ditubuhkan untuk Sultan dan Raja. Jadi, apa masalahnya (dengan kenyataan itu)?

"Ditimpa ketidakadilan adalah sesuatu yang teruk. Anda tahu tiada asas, namun tetap dihukum salah – seperti gantung seorang yang tidak berdosa.

"Ia berbeza jika anda melakukannya dan terpaksa berhadapan dengan akibat, namun jika sebaliknya, dan pemerintah tetap mahu anda dihukum – adakah itu undang-undang?". Ada bayang sinis dalam nadanya, mungkin sudah lali dengan kebobrokan sistem di Malaysia.

Lagipun, selaku ahli politik yang lama bergelut dengan kezaliman regim BN, yang tidak berfikir dua kali untuk melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa, tentulah satu keputusan mahkamah tidak akan mengurangkan tekadnya.

"Ia mudah sahaja – sebaik anda memilih jalan ini dan menyertai peperangan, anda mesti bersedia untuk menghadapi akibat. Saya adalah Ahli Parlimen, dipilih rakyat dan itu hanyalah tugas saya untuk menjadi suara mereka.

"Ia akan jadi hari yang menyedihkan untuk DAP, jika kami takut untuk bersuara agar tidak ditimpa 'masalah'. Ia tidak memberi keuntungan kepada parti, dan negara ini," sambungnya.

WIRA9017Akta kuno dari England

Karpal bukanlah ahli politik pertama yang disabitkan mengikut akta yang disifatkannya sebagai kuno itu.

Akta itu diimport dari England ketika penjajahan British untuk menyekat asakan golongan radikal seperti Ahmad Boestamam, yang dipenjara tujuh tahun tanpa perbicaraan.

Dan nampaknya bukan yang terakhir juga, kerana janji Perdana Menteri untuk memansuhkannya pada 11 Julai 2012 sehingga kini hanya tinggal kata-kata.

Malah, jika ia benar-benar dimansuhkan, apa jaminan penggantinya, Akta Keharmonian Sosial tidak mengandungi ciri-ciri diktator yang sama – seperti Akta Keselamatan (langkah-langkah Khas) atau SOSMA yang menggantikan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

Sebab itu, bagi Karpal, Akta Hasutan lebih baik dikuburkan terus, tanpa perlu diganti.

"Dengan hadirnya demokrasi, seterusnya kemerdekaan, ia seharusnya sudah tamat. Ini undang-undang 66 tahun yang lalu. Sudah lama!

"Kita tak perlukan akta baru. Mansuhkan, habis cerita. Kanun Keseksaan ada peruntukan yang cukup untuk menjaga ketenteraman awam. Semuanya tersedia di dalamnya.

"Kita langsung tidak perlukannya."

13 Mei sebagai pencetus

Rehat sekejap. Jurukamera minta pembantu Karpal, Michael mengalihkan sedikit kedudukan beliau untuk pencahayaan. Videographer pula membetulkan pembesar suara yang terlekat di baju.

Meskipun terpaksa menggunakan kerusi roda selepas kemalangan pada 2005, presence 'Harimau Jelutong' ini tidak berkurang, bicaranya yang kadang-kadang sukar ditangkap, tetap ada vitality sendiri.

Karpal mendapat gelaran 'harimau' itu selepas menjadi Ahli Parlimen selama lima penggal di sana.

Selepas selesai kerja jurukamera dan videographer, kami kembali ke tempat masing-masing. Rasa gementar untuk berhadapan sosok ini awal tadi mula berkurang. Lebih 40 tahun dalam kancah ini, 'Karpal Singh' sudah menjadi institusi.

Sebagai peguam muda, beliau menganggap undang-undang dan politik sebagai saling melengkapi. Peristiwa 13 Mei menjadi titik akhir baginya untuk terjun ke gelora politik ini sepenuhnya, dengan satu tujuan – agar ia tidak berulang lagi.

"Selepas 13 Mei 1969, saya rasakan perlu sertai parti pelbagai kaum, untuk pastikan apa yang terjadi, tidak akan berulang kembali. Saya memohon untuk masuk DAP pada akhir 1969 dan kekal di dalamnya sehingga kini."

Sehingga kini – di sebalik suara-suara – rakan atau lawan – yang memintanya bersara untuk memberi laluan kepada golongan muda.

Untuk itu, beliau ada jawapan sendiri. "Saya ingin teruskan selagi saya mampu, selagi kesihatan mengizinkan. Saya masih fikir boleh beri sumbangan, namun ada pihak di luar sana yang merasakan sudah tiba masanya saya berhenti menyumbang."

WIRA8953Jatuh bangun DAP bersama pembangkang

Beliau sangat komited dengan dasar dan ideologi parti, iaitu demokrasi sosial. Pada masa sama, kuat mendukung kerjasama parti pembangkang walaupun miliki jurang ideologi yang cukup besar, terutama PAS.

Beliau menyaksikan bagaimana kerjasama dengan parti pembangkang lain merugikan DAP, seperti pada Pilihan Raya Umum 1999. "Kubu-kubu DAP runtuh seperti 'house of cards'," katanya menjelaskan prestasi buruk DAP ketika itu.

Pada 2008, sejarah dicipta apabila buat pertama kalinya, majoriti dua per tiga yang seakan menjadi hak BN berjaya dinafikan, dan lima negeri ditadbir Pakatan Rakyat. Mula ada usaha untuk menjadikan Pakatan Rakyat sebagai gabungan yang sah, sebagaimana BN dengan 14 parti komponennya.

Beliau bagaimanapun tidak terlalu bimbang dengan koalisi secara formal, apatah lagi penggabungan antara parti. "Perlu lebih kepada isinya, bukan label," katanya.

Apa yang penting, katanya lagi, adalah usaha bagi mengeratkan lagi kerjasama antara parti, kerana itu sahaja yang mampu menggugat hegemoni BN. "Lebih luas kerjasama, lebih baik hasilnya. Ia dibuktikan sepanjang 15 tahun ini."

"Kenapa kita tidak teruskan sahaja, bukankah ia baik untuk semua parti?" katanya lagi. – Roketkini.com

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


peguam suspek membunuh kekasih jadi calon <b>di</b> prk bukit <b>gelugor</b>

Posted: 10 May 2014 12:30 AM PDT

Akhirnya, DAP telah mengumumkan calon mereka untuk Pilihanraya Kecil Bukit Gelugor.



Calonnya ialah Ramkarpal Singh, anak kepada Karpal Singh.

Untuk rekod, Ramkarpal Singh merupakan peguam kepada Cheong Teik Keon, seorang lelaki yang didakwa di Mahkamah Majistret di atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di Taman Hwa Seng, Seberang Perai Tengah di sini, pada Februari tahun lepas.

Cheong Teik Keon, 31, didakwa membunuh Tan Ching Chin, 24, di rumah mangsa di No 2703, Taman Hwa Seng, Jalan Rozhan, Alma, Seberang Perai Tengah jam 8.40 pagi pada 14 Februari tahun lepas.

Teik Keon dari Taman Lintang Makmur di Sungai Siput, Perak didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.




Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Sakinah Ibrahim, manakala tertuduh diwakili, Ramkarpal Singh.

Akhbar melaporkan, kejadian 14 Februari tahun lepas, Ching Chin maut dipercayai ditikam Teik Keon yang dikatakan kecewa selepas mangsa berhasrat memutuskan hubungan cinta mereka.

Akhbar juga melaporkan, mangsa maut selepas ditikam suspek sebanyak tiga kali di badan dan perut ketika sedang mandi di tingkat atas rumahnya.


Ini pula 2 video yang memalukan pakatan pembangkang dan Anwar : KLIK SINI