Selasa, 20 Mei 2014

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Apr 2014 09:37 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Oct 2013 09:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

APA DAH JADI DENGAN WARISAN <b>BATU UBAN</b> ? | Pinang Press

Posted: 06 Oct 2013 05:09 PM PDT

BATU UBAN ialah antara perkampungan Melayu yang tertua di P Pinang. Dibuka oleh seorang Nakhoda dan  perantau dari Kampung Buadi Sumatera Barat.  Alam Minangkabau kira 50 tahun sebelum ketibaan Kepten Francis Light pada yahun 1786.  Maknanya sejarah P.Pinang bukan diawali oleh Inggeris yang menyatkan pulau  ini kosong tanpa penghuni. Hanya kurang lebih 50 orang menduduki pulau ini ketika Inggeris mendarat.

Kenyaataan itu tertolak  dengan wujudnya BATU UBAN. Lebih-lebih lagi dengan adanya lakaran peta terawal  pada tahun 1763 yang merakamkan There was a town dalam.Tempat itu ialah Batu Uban.

Soalnya kita jangan terkurung dengan sejarah warisan dan rekayasa penjajah yang meletakkan tarikh rasmi sesuatu tempat itu dibuka atau tertubuh.Apakah sebelum pembukaan tidak ada perkampungan yang wujud di tepian pantai. Kalau tidak ada kampung macam mana timbul nama.Nama-nama tempat memainkan peranan yang penting dalam sejarah. Nama P.Pinang telah wujud sejak berzaman.

Begitu juga dengan pulau-pulau di sekelilingnya seperti Pulau tikus, P. Jerejak, Pulau Kendi, Pulau Rimau. Pulau Betong dll. Begitu juga dengan kampung-kampung  yang mengadap ke pantai Kedah. Penduduknya sering berulang alik, Dari Kedah ke P.Pinang dengan hanya  menempoh selat Utara yang sempit. Biasanya mereka mempunyai rumah di kedua belah tempat.

Sejarah mengapa disempitkan dalam batasan tarikh seolah-olah sebelum tarikh ini tidak ada kawasan yang terbuka. Kampung Tanjong Tokong, Batu Feringhi, Telok Bahang, Teluk Tikus, Kelawai, Batu Putih, Bagan Jermal, Tanjong Huma, Teluk Duyung, Pantai Aceh adalah tempat – tempat yang telah lama terbuka. Bagaimana timbul nama Batu Feringhi.

Feringhi dirujuk sebagai Benggali Putih atau Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511. Nama itu diberi berdasarkan perinstiwa sejarah.Wujudnya orang Feringhi yakni Portugis dengan P.Pinang dalam pelayaran mereka memasuki Selat Melaka.

Kajian yang dilakukan menunjukkan berbagai kampung telah dibuka dan dinamakan berdasarkan penamaan yang bersifat georafi. Bermakna orang Melayu telah meneroka hampir keseluruhan bahagian di P.Pinang terutama di pesisiran pantai.

Pulau – telah dinamakan walau pun tidak didduki

Selat – Selat Utara

Tukun- Tukun Tengah, Tukun Tepi , Tukun Kawah dll

Batu – Batu Feinghi, Batu Kawan, Batu Putih

Pasir – Pasir Gebu, Pasir Pandak, Pasir Belanda

Pantai – Pantai Aceh, Pantai Emas

Tanjong

Teluk

Tebing

Seberang

Permatang

Bagan,

Sungai.

Bukit,

Permatang

Ekor

Kepala

Kuala

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu Ferringhi</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2014 07:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Catatan Terbaru - BLOG PENANG: 09 <b>di Batu Ferringhi</b> - Google <b>...</b>

Posted: 29 Mar 2014 07:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Catatan Terbaru - BLOG PENANG: 09 <b>di Batu Ferringhi</b> - Google <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2014 07:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Punca Pencemaran Sungai <b>Batu Ferringhi</b> Penang - PERLING PUTIH

Posted: 04 Mar 2014 05:00 PM PST

GEORGETOWN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengenalpasti Indah Water Konsortium (IWK) antara penyumbang utama kepada masalah pencemaran pantai khususnya membabitkan Sungai Batu Ferringhi dan harus bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow  perkara itu dijelaskan berdasarkan laporan siasatan terkini yang dikemukan oleh JAS, pada taklimat kepada exco kerajaan negeri 28 Februari lalu.

Justeru Chow berkata, terpulang kepada pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap IWK memandangkan kertas siasatan telah diserahkan kepada pegawai undang-undang .

"Dalam taklimat itu,  JAS telah kenalpasti punca pencemaran di Sungai Batu Ferringhi antaranya premis makanan, loji IWK, kegiatan dobi dan cuci kereta.

JAS negeri telah pun menyiapkan kertas siasatan terhadap IWK berhubung dgn masalah pencemaran di Sungai Batu Ferringhi, kertas sisaatan dibuat berdasarkan peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 dan diserahkan kepada pegawai undang Jabatan Alam Sekitar Persekutuan," kata Chow.

Tambah Chow, menerusi taklimat itu juga, pihak JAS meminta agensi lain yang berkaitan mengambil tindakan wajar termasuk mencari penyelesaian berhubung isu pencemaran air di kawasan Sungai Batu Ferringhi memandangkan ia di luar kawalan JAS.

Ini kerana selain IWK, tiga buah premis makanan, tiga buah kedai dobi dan sebuah kedai  cuci kereta juga mungkin menjadi penyumbang utama kepada pencemaran di kawasan peranginan itu.

Chow berkata demikian di pejabatnya tengahari tadi bagi memberitahu perkembangan terkini isu pencemaran pantai Batu Ferringhi.

Isu pencemaran sebahagian air laut di pantai Batu Ferringhi yang dilaporkan media sejak awal Februari lalu mendapat perhatian umum memandangkan kawasan berkenaan popular sebagai destinasi pelancongan.

Air laut di kawasan itu bertukar hitam dan berbau didakwa berpunca daripada saluran paip loji kumbahan milik IWK.

Manakala maklumat awal yang diperolehi JAS mendapati adanya elemen bakteria (escherichia coli) e-coli dalam sampel air yang diambil dari Sungai Batu Ferringhi.

IWK bagaimanapun menafikan punca pencemaran datang dari loji kumbahan milik mereka.

Sementara itu, ketika dihubungi Astro AWANI, Pengurus Kanan Bahagian Komunikasi IWK Shahrul Nizam Sulaiman berkata pihaknya belum lagi meneliti laporan tersebut.

"Kami tidak berani komen atau buat apa-apa andaian lagi sebelum membaca kandungan laporan itu.

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2014 03:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ngauman terakhir Harimau <b>Jelutong di</b> Parlimen <b>...</b> - Rakyat Marhaen

Posted: 18 Apr 2014 01:54 AM PDT

Karpal Singh dikenali kerana ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat sehingga membuatkannya digelar "Harimau Jelutong".

Malah, dalam penampilan terakhirnya di Parlimen, veteran politik 74 tahun itu nyata tidak mengecewakan walau berucap daripada atas kerusi roda.

"Ikut apa yang ada dalam perlembagaan. Undang-undang yang utama dalam negara ini bukan standing order. Standing order boleh disuspend-kan. Ada peruntukan. Boleh menggunakan budi bicara. Kenapa Tuan Yang di-Pertua tidak mahu menggunakan budi bicara itu?

"Ini kali yang kedua di mana kelakuan hakim-hakim ada disebut dalam Dewan yang mulia ini. I, dengan izin to move on similar motion against the chief justice, the former Chief Justice Tan Sri Zaki. Nothing happen.

"Kenapa? Adakah dewan ini takut daripada hakim-hakim? Tidak berani untuk berbahas kelakuan hakim-hakim? So apa yang saya nyatakan tadi Tuan Yang di-Pertua? Jangan main-main, jangan," katanya.


Perkara itu antara 'ngamaun' terakhir Karpal pada 10 April lalu – 36 tahun selepas beliau kali pertama melangkah ke Parlimen untuk kali pertama sebagai anggota Parlimen Jelutong.

Karpal mencelah terhadap keputusan speaker menghalau Azli Ali (PKR-Gombak) dab Hanipa Maidin (PAS-Sepang) daripada dewan, ekoran usul berhubung hakim Mahkamah Rayuan.

BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2014 03:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2014 03:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UMNO <b>Jelutong</b> dakwa kain rentang berbaur provokasi kalimah <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2014 02:17 AM PST

GEORGE TOWN – Pemuda UMNO Bahagian Jelutong mendakwa kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah digantung di perkarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di sekitar Pulau Pinang awal hari ini.

Ketuanya Jasmin Noordin berkata, perbuatan itu bukan dilakukan oleh pihak gereja tetapi sebaliknya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya percaya ada pihak tertentu yang sengaja hendak membuat provokasi supaya rusuhan kaum berlaku di Malaysia dengan menggantung kain rentang sedemikian," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Difahamkan, kain rentang terbabit dengan jelas tertera ungkapan 'Allah Is Great' (Allah Maha Besar) dan "Jesus is the son of Allah' (Jesus anak lelaki Allah) dipercayai digantung di lima kawasan di sekitar negeri ini.

Jasmin berkata, pihaknya akan membuat polis terhadap perbuatan itu yang dipercayai dilakukan pada tengah malam tadi.

Katanya, beliau berjaya menurunkan kain rentang berkenaan yang terdapat di Gereja St John Britto, di Sungai Pinang kerana perbuatan sedemikian akan menghancurkan keharmonian di negara ini.

"Saya percaya kain rentang berbaur provokasi ini digantung di perkarangan lima buah gereja di negeri ini," katanya.

Tinjauan di sekitar kawasan berkenaan mendapati kain-kain rentang berkenaan telah diturunkan dan difahamkan hampir 100 penduduk Kampung Rawa, Sungai Pinang di sini berkumpul untuk melihat kain rentang terbabit sebelum ia diturunkan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Penguna dan Hal Ehwal Agama Islam Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata beliau tidak menerima sebarang aduan berhubung perkara itu sehingga dimaklumkan oleh pihak media.

"Saya baru dapat tahu perkara tersebut dan satu siasatan segera akan dilakukan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku," katanya. – Bernama

09 di permatang pauh - Google Blog Search

09 di permatang pauh - Google Blog Search


&#39;Ustaz&#39; terlampau ditahan <b>di Permatang Pauh</b> | Pilihan Anda

Posted: 14 May 2014 07:00 PM PDT

BUKIT MERTAJAM - Seorang pengasas sebuah pusat perubatan tradisional ditahan dalam serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah rumah teres yang dijadikan pusat perubatan itu di Permatang Pauh di sini.

Turut ditahan bersama lelaki berusia 46 tahun yang menggelarkan dirinya ustaz itu ialah dua wanita berusia 32 dan 40 tahun.

Ketua Unit Penguatkuasaan JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata pusat perubatan tradisional itu diserbu kerana didapati menjalankan rawatan bertentangan dengan hukum syarak.

"Serbuan pada 11.30 malam dengan kerjasama penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis itu adalah hasil maklumat awam dan risikan sejak enam bulan lepas," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata susulan serbuan itu, pihaknya turut menahan seorang lagi lelaki berusia 41 tahun yang merupakan pengurus bagi cawangan pusat perubatan berkenaan di Seberang Jaya, di sini, awal pagi ini.

Khairul Azman berkata siasatan awal mendapati pusat perubatan itu menyediakan rawatan untuk pelbagai penyakit berkaitan roh dan saka yang bertentangan dengan hukum syarak.

Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan perlu membawa satu kilogram limau nipis, garam kasar dan lada hitam, katanya.

Beliau berkata pesakit tidak dikenakan bayaran sebaliknya perlu bersedekah atau memberi hadiah kepada 'ustaz' yang merawat pesakit.

Khairul Azman berkata dalam serbuan itu pihaknya merampas pelbagai peralatan dan kelengkapan yang digunakan untuk tujuan perubatan seperti cincin, minyak wangi termasuk beberapa buah buku untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata siasatan juga mendapati pusat rawatan tradisional itu turut menyediakan 'pengijazahan tenaga dalam dan perubatan' dengan bayaran 'fidyah' RM950 dan individu yang tidak berkemampuan masih berpeluang mendapatkan 'ijazah' itu dengan berpuasa selama 15 tahun tanpa henti walaupun pada hari-hari tasyrik (hari diharamkan berpuasa).

"Kami dapati syarat yang dikenakan bertentangan dengan ajaran Islam dan serbuan dibuat bagi mengelakkan lebih ramai terjebak dalam kegiatan ini.

"Lebih mengelirukan ustaz terbabit mengaku dirinya sebagai ketua para wali dan boleh menyeru roh Nabi Muhammad SAW serta para malaikat menerusi perantaraan," katanya.

Khairul Azman berkata pengasas pusat perubatan itu disiasat mengikut Seksyen 4, 6 dan 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 kerana mengamal dan menyebarkan doktrin palsu, menggelarkan diri sebagai wali serta memiliki bahan penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak.

"Seorang lagi lelaki dan dua wanita disiasat menurut Seksyen 43 enakmen sama atas tuduhan bersubahat. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. - Bernama

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


[5 Gambar] Gempar Wanita Tanpa Pakaian <b>Di Balik Pulau</b>

Posted: 18 May 2014 10:12 AM PDT

[5 Gambar] Gempar Wanita Tanpa Pakaian Di Balik Pulau | Gambar wanita tanpa berpakaian kini tersebar di group Whatsapp yang tidak tahu apa puncanya. Mengikut beberapa sumber, wanita ini dikatakan mengalami tekanan perasaan yang pernah mendapat rawatan mental.
Kejadian berlaku di Sungai Burong Balik Pulau ini memang mengejutkan masyarakat dengan kehadiran wanita ini ke hulur hilir melintas jalan tanpa pakaian.

Orang ramai membuat aduan kepada Polis dan wanita ini telah ditahan dan diserahkan kepada pihak hospital berdekatan untuk tindakan lanjut.


Mengikut sumber waris wanita ini sehingga sekarang masih tidak dapat dihubungi.Sekiranya orang ramai kenal mohon maklumkan.

Laporan awal

Balik Pulau Rpt: 1314/14

Keterangan kes.
Pada 18.5.14 jam l/kurang 8.45 pagi anggota pejabat pertanyaan terima panggilan telefon dari orang awam mengatakan 1 perempuan melayu disyaki kurang siuman dalam keadaan berbogel di tepi jalan Pondok Upeh Balik Pulau.

Tindakan.

KPB Balik Pulau bersama 2 anggota dan 1 wpc ke tempat kejadian dan telah tahan wanita tersebut dengan di bantu oleh orang awam.

Wanita berkenaan telah dihantar ke Hospital Jln Perak untuk rawatan.
Tiada maklumat diri yang lengkap semasa ditahan.

sumber
http://mediaharia.blogspot.com/2014/05/wanita-bogel-di-sungai-burong-tersebar.html